Thursday, July 11, 2013

apa itu cinta ?

Assalamualaikum ~ , lama nda jumpa kan ! huhaii , Salam Rindu .. Apa Itu CINTA ???


MATI ! sesuatu yang pasti berlaku , tidak ada lambatnya tidak ada cepatnya kan ! , Jangan La Kita Pikir Sngt Hidup Hari Esok , Sedang Sesaat Yang Akan Datang Ini Kita Tidak Tahu Kita Masih Hidup Atau Nda ~ , Kalau Kita Boleh Tunda Mati Kan Bagus ~ Boleh Lagi Kita 'ENJOY!!' dengan Mutiara2 yang ALLAH hamparkan di DUNIA ini ~ , Uhaii !! , Susah mau di Nafikan . Seperti Mana Yang Kita tahu , Mati Itu Di Tangan ALLAh ba kan ! Bila2 Masa , Di Mana Sahaja DIA inginkan kita , ZUPPP !!! ' kunfayakun' bilang ~ , apa yang DIA inginkan , tiada yg dapat mengangkat tangan ! sekelip mata sahaja ~


` "Siapakah kita? Dari mana kita datang? Ke mana kita akan dikembalikan? Kesemua persoalan ini akan membawa kita kepada Pencipta Yang Satu yakni Allah Rabbuljalil. Selamilah ke dalam diri sendiri sejauh mana kita menyedari hakikat bahawa manusia walau sehebat dan setinggi mana kedudukannya diatas muka bumi ini namun yang memisahkan darjat manusia disisi Allah hanyalah Iman dan Takwa. ?


: HARUS PAHAM ::


` Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat ..



:) , Lebih baik Kita Nangis Sebab Merasa bersalah terhadapnya ~ , Lahirkan rasa keHAMBAan kepadaNya ~ Itu La Sebaik2 Mutiara Air Mata !



` " Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuh. Jika rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah ia adalah hati " (riwayat Muslim ) !


:: HATI ! , Teringat Kata2 Abie : Hati Itu Ialah Raja , Akal Itu Ialah Penassihat , Anggota Badan Itu Ialah Tenteranya ! . Nah ! Kamu Ingat Tuh , Kalau Baik Hati , Maka Baik La seluruh perbuatan Kita !! ~



Pepatah Arab berbunyi "Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam" ..


:: tanamkan dalam hati kita , yang kita setiap masa ingin berubah ! HIJRAH ~ Merubah Diri Juga tergolong dalam ciri2 Orang Yang BerJIHAD ~


""Kehidupan sebagai seorang yang single tidak dapat tidak, mesti mengingati mati setidak-tidaknya sekali dalam 24 jam. Tidak perlu fokus pada soal hati, tapi fokuslah pada soal mati. Soal hati belum tentu jadi, tapi soal mati pasti terjadi! ""


** TIADA YANG MENJAMIN KEHIDUPAN UNTUK ESOK HARI !


Aku menaip bukan untuk memberitahu diri ini baik.Aku menaip hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.

Ayuh wahai PEMUDA !! Jangan kita terus leka dalam lena. Jangan kita terus alpa dalam lupa. ALLAH sentiasa mencintai hamba-hamba-NYA. ALLAH sentiasa menerima kepulangan kita di atas Jalan-NYA. ALLAH sebaik-baik pergantungan yang kita ada..Cintailah DIA, kasihilah DIA, sayangilah DIA.. PASTI kejayaan dunia sedia tercipta, kejayaan akhirat sedia terpelihara..Didiklah dirimu supaya pertama sekali yang kamu ingat apabila diuji, adalah ALLAH..Tarbiyahlah dirimu agar pertama sekali yang kamu ucapkan apabila diuji, adalah INALILLAH HI WAINNA ILAIHI RAJI’UN..Biasakanlah dirimu agar apabila dirimu diuji, kamu menjadikan senjatamu adalah doa, perisaimu adalah tawakal, redha dengan ketentuan ALLAH itu adalah kekuatan dalam dirimu. !!
** ** Maaf ~ Saja Letak tajuk Begitu Untuk Menarik Minat Anda ! ~ Uhaii ~
Der !


 
 
     

No comments:

Post a Comment